Blogger templates

Friday 23 November 2012


JAUHI SIFAT SUKA MENGKAFIR SESAMA MUSLIM

Pahaman salah dalam masyarakat terhadap syariat sering menghantui kehidupan beragama.Mereka yang menjunjung tinggi agama seringkali di lebel sebagai aliran menyimpang bahkan golongan sesat serta nama yang tidak asing lagi iaitu “WAHABI” tanpa segan silu mereka berikan gelaran ini kepada pencinta sunnah nabi.Sebaliknya,para pencipta bida’ah dan pengingkari sunnah dikatakan ahlu tajdid dan pembela agama.Naudhubillah!

BAHAYA KAFIR-MENGKAFIR SESAMA MUSLIM
Sebenarnya,mengecap sesat dan menyimpang kepada induvidu bukan suatu yang kecil dan mudah menurut Islam.Bahkan menuduh sesat mestilah dipertimbangkan dahulu  dengan kaedah yang kuat.
Sebab itulah para ulama sangat berhati-hati sebelum menunding jari kepada seseorang dengan mempertimbangkan dahulu bukan dengan melulu tanpa hujah serta dalil yang mengesahkan bahawa dia layak jatuh kafir.
Terlebih lagi bagi masyarakat awam untuk menghukum.Jangan terlalu mudah menghukum tanpa mempertimbangkan dengan mengatakan “si A ni sesat si B ni kafir  aku tau lah tengok pakaian dia tu dah tak macam islam
Hal ini telah disabdakan oleh nabi salallahu alaihi wasalam:
   “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini telah member amaran kepada kita supaya berhati-hati sebelum menuduh seseorang kafir,murtad,musuh Allah dan sesat.Tetapi perlu dilihat juga kepada orang yang mengatakan seseorang dengan kafir,musuh Allah dan seumpamanya,boleh jadi orang tersebut jahil dan boleh jadi orang tersebut tersasul.Tidak mudah juga kita membalikkan kepada si penuduh itu kafir sebagainya. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H)
“Sesungguhnya ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan haji. Namun, pengucapan itu mungkin kerana khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya. Jika perkara itu berlaku, dia tidak dianggap kafir. Contohnya, golongan yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak sampai kepadanya.” (Majmu’at al-Fatawa, jil: 2, ms: 220.)

Begitu juga Dalam hadis ‘Ali R.A menceritakan :

“Rasulullah telah mengutuskan aku, Abu Martsad dan al-Zubair (kami semua adalah penunggang kuda). Baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh. Sesungguhnya di sana ada seorang wanita dari kalangan musyrikin. Dia membawa bersamanya surat daripada Hatib bin Abi Balta`ah kepada musyrikin.

Maka kami pun mengejarnya. Dia menaiki unta seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kami berkata kepadanya: Serahkan surat! Dia menjawab: Kami tidak membawa sebarang surat. Maka kami pun mendudukkan dan memeriksa wanita itu. Namun, kami tidak jumpa sebarang surat. Kami berkata: Rasulullah tidak pernah berdusta, sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau!

Apabila dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya. Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w. Kata Umar: Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia (Hatib bin Abi Balta`ah) telah mengkhianati ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang mukmin. Biarkan aku pancung kepalanya!

Baginda bersabda (kepada Hatib): Apa yang mendorong tindakanmu? Kata Hatib: “Demi ALLAH, bukan aku tidak beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w. Tetapi aku ingin mendapatkan bantuan daripada kaum (Quraisy). Dengannya ALLAH akan menyelamatkan keluarga dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu yang tidak mempunyai kaum kerabat di sana di mana dengannya ALLAH selamatkan keluarga dan hartanya.

Sabda baginda: Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik. Umar berkata: Sesungguhnya dia telah mengkhianati ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang mukmin, biar aku pancung kepalanya. Baginda bersabda: Bukankah dia di kalangan anggota Perang Badar? Sabdanya lagi: Mudah-mudahan ALLAH melihat pada ahli Perang Badar dan berfirman buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya telah dijamin untuk kamu syurga atau AKU telah ampuni kamu semua. Maka menangislah Umar seraya berkata: ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui”. (Riwayat al-Bukhari).
Begitulah didikan nabi kepada sahabatnya walau keadaan yang terdesak dihadapi oleh Hatib.Baginda tidak mudah menghukum sebelum mengetauhi keadaan yang sebenar.Samalah dalam masalah-masalah lain baginda akan mempertimbangkan dahulu dengan cermat sebelum menjatuhkan sesuatu hukum.
Janganlah kita terpengaruh oleh golongan fanatik yang mudah menghukum seseorang dengan kafir  atas kepentingan tertentu.  
Kerana tidak sembarang orang boleh mengatakan induvidu sesat atau kafir.hanya para ualamak dan ahli ilmuan yang berhak member penyataan,itu pun dengan kaedah-kaedah yang kuat serta tidak memudahkan.